Pena Ilmu dan Dawah
 Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi
 yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT
 sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia
 boleh bicara dengan burung Hud Hud dan juga
 boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-
 Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah
 contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan
 akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya
 ini.
 Firman Allah,
 “ Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia
 berkata, “hai manusia, kami telah diberi
 pengertian tentang suara burung dan kami
 diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini
 benar-benar suatu kurnia yang nyata.”
 Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya
 dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu
 diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga
 apabila mereka sampai di lembah semut
 berkatalah seekor semut, “hai semut-semut,
 masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar
 kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan
 tenteranya, sedangkan mereka tidak
 menyedari.”
 Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari
 Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor
 semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau
 perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu
 tahun?”
 “Sebesar biji gandum,” jawabnya.
 Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut
 sebiji gandum lalu memeliharanya dalam
 sebuah botol. Setelah genap satu tahun,
 Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si
 semut. Namun, didapatinya si semut hanya
 memakan sebahagian biji gandum itu.
 “Mengapa engkau hanya memakan sebahagian
 dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi
 Sulaiman.
 “Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada
 Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal
 kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan
 melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu,
 aku tidak yakin apakah engkau akan ingat
 kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh
 memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau
 akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus
 tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun
 berikutnya.”
 Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya,
 namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas.
 Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah
 SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun
 sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik
 dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah
 Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman
 tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.
 Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia
 tetap manusia biasa yang tidak boleh
 sepenuhnya dijadikan tempat bergantung.
 Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah
 manusia biasa yang menyimpan kedaifan-
 kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh
 semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih
 tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke
 atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman
 akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman
 tidak mampu memenuhinya lantaran sifat
 manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri
 bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata,
 bukan kepada manusia.






 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar